Membaca ~ Satu proses kompleks yang menghubungkan aspek pengetahuan , kebolehan , kemahiran mental dan fizikal . Pengetahuan yang dimaksudkan ialah mencakupi bahasa sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca merupakan satu amalan yang perlu kita lakukan kerana banyak manfaat yang kita akan peroleh melaluinya.Sebagai umat Islam,Agama Islam sendiri sangat menekankan kepada umatnya untuk membaca berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5
ayat ini menjelaskan tentang pentingnya kita untuk membaca bagi mendapatkan sesuatu ilmu kerana kunci kejayaan adalah ilmu.Untuk mendapatkan sesuatu ilmu haruslah menerusi bacaan.
Teknik untuk membaca bagi memperoleh maklumat terbahagi kepada dua iaitu:
PEMBACAAN CEPAT
Menurut Sutz&Weverka(2009) ,Teknik ini biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.Teknik iniamat penting kerana dapat menjimatkan masa membaca secara keseluruhan artikel berkenaan dan kemudiannya artikel tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pembaca (Sutz & Weverka, 2009).
Antara langkah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kemampuan membaca;-
SKIMMING (luncuran)
- skimming--kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat.
- tujuan:
- untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- membolehkan pelajar untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
- Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
- Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
- cara-cara
- Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
- Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
- Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
- Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
pergerakan mata ketika skimming dilakukan
SCANNING (imbasan)
-Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
-Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
-Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
-Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
-Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.
PEMBACAAN PERLAHAN
Tujuannya:
PEMBACAAN PERLAHAN
Tujuannya:
- Untuk membuat analisis
- Supaya lebih faham
- Dapat menilai bahan bacaan.
- Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan.
- Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan.
TEKNIK MEMBACA SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopor Robinson(1961). Apakah SQ3R ?TEKNIK MEMBACA "KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.
Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.
Dalam konteks pengajaran, para pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti di bawah ini, sekiranya dikehendaki menggunakan borang KWLH:
No comments:
Post a Comment