PEMBACAAN CEPAT
Skimming (Luncuran)
Skimming (Luncuran)
Skimming atau membaca ‘secara sekilas’ ialah suatu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas & pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Objektifnya adalah untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan. Hal ini membolehkan sesorang membuat inferens awal atau pandangan umum mengenai bahan yang dibaca dengan segera. Pada kebiasaanya, seseorang menggunakan teknik ini untuk mencari tajuk utama, isi kandungan, rumusan atau bibliografi sesuatu bahan. Cara untuk mempraktikkan teknik ini ialah membaca dengan menggunakan pergerakan mata secara cepat dengan tumpuan pada pembacaan tersebut. Kaedah ini amatlah penting kepada seseorang pelajar untuk menelaah mata pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Selain itu, skimming juga merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan. Sebagai contoh, majoriti pembaca surat khabar tidak akan membaca satu per satu perkataan dalam teks tersebut, tetapi dia akan melakukan imbasan terhadap petikan tersebut kerana dengan cara ini, dia dapat menjimatkan masa pembacaan untuk sesuatu petikan. Untuk pengetahuan, skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebiasaanya, seseorang lebih gemar menggunakan teknik ini apabila dia mempunyai banyak bahan bacaan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.
Sewajarnya, seseorang pelajar itu perlu menguasai kemahiran skimming ini agar pelajar dapat menjimatkan masa semasa mencari maklumat melalui pembacaan artikel di internet. Oleh itu, seseorang pelajar dapat mengenal pasti bahawa artikel yang dibaca ini memenuhi keperluan pelajar terhadap pembelajarannya. Antara strategi ketika skimming adalah pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Seterusnya, pelajar boleh membaca hanya perenggan pendahuluan atau penutup sesutau teks. Berikutnya adalah melalui pembacaan hanya ayat pertama setiap perenggan. Hal ini kerana pada kebiasaan, idea utama untuk sesuatu teks itu terletak pada ayat pertama. Cara bacaan ini lebih sesuai sekiranya pelajar hanya ingin mencari maklumat tertentu dan bukannya untuk pemahaman teks.
Scanning (imbasan)
Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik daripada skimming. Antara tujuan membaca untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesutau persoalan. Membaca secara scanning adalah membaca secara lebih mendalam melalui pembacaan pada pendahuluan dan rumusan teks tersebut sambil mencatat kata kunci pada teks tersebut.kebiasaanya, teknik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting sesuatu bahan bacaan.
Berikutnya, dalam teknik ini melibatkan pergerakan anak mata secara cepat untuk mencari kata kunci atau frasa-frasa tertentu. Scanning akan dilakukan pada awal pembacaan yang membolehkan pelajar mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari makna tersebut dalam kamus. Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau pembacaan berat untuk pemahaman lebih lanjut. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan teknik ini sebelum menjawab soalan yang berdasarkan sesuatu teks.
No comments:
Post a Comment