PEMBACAAN PERLAHAN
Apa itu pembacaan perlahan ? Pembacaan perlahan ialah pembacaan yang bertujuan untuk menganalis maklumat apa yang dibaca , istilah yang terdapat dalam sumber bacaan dan pengolahan isi kandungan berdasarkan apa yang dibaca. Teknik ini membuatkan pelajar lebih memahami apa yang dibaca kerana teknik pembacaan perlahan ini menekan penerokaan tentang apa yang dibaca dengan lebih mendalam supaya pelajar dapat menganalisis dan faham dengan mudah apa yang dibaca.Teknik Pembacaan Perlahan ini terbahagi kepada dua iaitu Teknik SQ3R dan Teknik KWLH.
Apakah Teknik SQ3R ? Buat pengetahuan semua, Teknik SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1961. Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Apa yang dimaksudkan dengan SQ3R ?
S ialah "Survey". "Survey" ialah mengkaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan atau dengan bahasa mudah lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan serta lihat bagaimana maklumat disampaikan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih kritis.Seterusnya, Q ialah "Question" atau persoalan iaitu dengan menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian atau dengan lebih mudah dengan menukarkan tajuk atau sub-sub tajuk kepada bentuk soalan.Contohnya,"apa yang saya tahu tentang tajuk ini" atau bersoal jawab dengan rakan-rakan agar dapat memahami dengan lebih mudah. Selain itu, 3R ialah "Read", "Recite", "Review". "Read" ialah membaca perlahan pada petikan yang sukar dan dapatkan kata kunci serta buat nota apa yang digaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan. Manakala "Recite" ialah menyebut semula apa yang dibaca serta fahami dan imbas kembali apa yang dibaca. Gunakan deria untuk proses mengingati kembali."Review" pula ialah mengulas semula maklumat yang dibaca serta buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar.
Teknik yang kedua ialah Teknik KLWH. Apakah yang dimaksudkan dengan KWLH? KWLH adalah singkatan bagi K merujuk kepada "Know" iaitu apa yang telah diketahui sebelum kita membaca sumber bacaan. W pula merujuk kepada "Want" iaitu apa yang hendak kita ketahui sebelum kita membaca. Manakala L pula merujuk kepada "Learned" iaitu apa yang telah diketahui apabila kita membaca sesuatu sumber bacaan. Akhir sekali, H merujuk kepada "How" iaitu bagaimana unutk mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik bacaan untuk pembacaan sumber bacaan seterusnya. Teknik KWLH ini membolehkan para pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya serta menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan.
Para pelajar sewajarnya mempelajari kedua-dua teknik kerana mempunyai banyak manfaat jika diikut dengan baik.Para pelajar dapat menjimatkan masa untuk memahami sesuatu kandungan sumber bacaan. Ini membolehkan para pelajar mempunyai masa lapang yang lebih untuk mengulang kaji pelajaran.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment