Saturday, 21 September 2019

Arikel Pembacaan Cepat By: ARIFF AIMAN

PEMBACAAN CEPAT

Skimming (Luncuran)
          Skimming atau membaca ‘secara sekilas’ ialah suatu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas & pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Objektifnya adalah untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan. Hal ini membolehkan sesorang membuat inferens awal atau pandangan umum mengenai bahan yang dibaca dengan segera. Pada kebiasaanya, seseorang menggunakan teknik ini untuk  mencari tajuk utama, isi kandungan, rumusan atau bibliografi sesuatu bahan. Cara untuk mempraktikkan teknik ini ialah membaca dengan menggunakan pergerakan mata secara cepat dengan tumpuan pada pembacaan tersebut. Kaedah ini amatlah penting kepada seseorang pelajar untuk menelaah mata pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

          Selain itu, skimming juga merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan. Sebagai contoh, majoriti pembaca surat khabar tidak akan membaca satu per satu perkataan dalam teks tersebut, tetapi dia akan melakukan imbasan terhadap petikan tersebut kerana dengan cara ini, dia dapat menjimatkan masa pembacaan untuk sesuatu petikan. Untuk pengetahuan, skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebiasaanya, seseorang lebih gemar menggunakan teknik ini apabila dia mempunyai banyak bahan bacaan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.

          Sewajarnya, seseorang pelajar itu perlu menguasai kemahiran skimming ini agar pelajar dapat menjimatkan masa semasa mencari maklumat melalui pembacaan artikel di  internet. Oleh itu, seseorang pelajar dapat mengenal pasti bahawa artikel yang dibaca ini memenuhi keperluan pelajar terhadap pembelajarannya. Antara strategi ketika skimming adalah pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Seterusnya, pelajar boleh membaca hanya perenggan pendahuluan atau penutup sesutau teks. Berikutnya adalah melalui pembacaan hanya ayat pertama setiap perenggan. Hal ini kerana pada kebiasaan, idea utama untuk sesuatu teks itu terletak pada ayat pertama. Cara bacaan ini lebih sesuai sekiranya pelajar hanya ingin mencari maklumat tertentu dan bukannya untuk pemahaman teks.

Scanning (imbasan)

         Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik daripada skimming. Antara tujuan membaca untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesutau persoalan. Membaca secara scanning adalah membaca secara lebih mendalam melalui pembacaan pada pendahuluan dan rumusan teks tersebut sambil mencatat kata kunci pada teks tersebut.kebiasaanya, teknik ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting sesuatu bahan bacaan.

         Berikutnya,  dalam teknik ini melibatkan pergerakan anak mata secara cepat untuk mencari kata kunci atau frasa-frasa tertentu. Scanning akan dilakukan pada awal pembacaan yang membolehkan pelajar mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari makna tersebut dalam kamus. Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau pembacaan berat untuk pemahaman lebih lanjut. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan teknik ini sebelum menjawab soalan yang berdasarkan sesuatu teks.

Artikel Pembacaan Perlahan By: AKIF KASHFULLAH


PEMBACAAN PERLAHAN
       Apa itu pembacaan perlahan ? Pembacaan perlahan ialah pembacaan yang bertujuan untuk menganalis maklumat apa yang dibaca , istilah yang terdapat dalam sumber bacaan dan pengolahan isi kandungan berdasarkan apa yang dibaca. Teknik ini membuatkan pelajar lebih memahami apa yang dibaca kerana teknik pembacaan perlahan ini menekan penerokaan tentang apa yang dibaca dengan lebih mendalam supaya pelajar dapat menganalisis dan faham dengan mudah apa yang dibaca.Teknik Pembacaan Perlahan ini terbahagi kepada dua iaitu Teknik SQ3R dan Teknik KWLH.

      Apakah Teknik SQ3R ? Buat pengetahuan semua, Teknik SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1961. Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Apa yang dimaksudkan dengan SQ3R ?
S ialah "Survey". "Survey" ialah mengkaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan atau dengan bahasa mudah lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan serta lihat bagaimana maklumat disampaikan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih kritis.Seterusnya, Q ialah "Question" atau persoalan iaitu dengan menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian atau dengan lebih mudah dengan menukarkan tajuk atau sub-sub tajuk kepada bentuk soalan.Contohnya,"apa yang saya tahu tentang tajuk ini" atau bersoal jawab dengan rakan-rakan agar dapat memahami dengan lebih mudah. Selain itu, 3R ialah "Read", "Recite", "Review". "Read" ialah membaca perlahan pada petikan yang sukar dan dapatkan kata kunci serta buat nota apa yang digaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan. Manakala "Recite" ialah menyebut semula apa yang dibaca serta fahami dan imbas kembali apa yang dibaca. Gunakan deria untuk proses mengingati kembali."Review" pula ialah mengulas semula maklumat yang dibaca serta buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar.

      Teknik yang kedua ialah Teknik KLWH. Apakah yang dimaksudkan dengan KWLH? KWLH adalah singkatan bagi K merujuk kepada "Know" iaitu apa yang telah diketahui sebelum kita membaca sumber bacaan. W pula merujuk kepada "Want" iaitu apa yang hendak kita ketahui sebelum kita membaca. Manakala L pula merujuk kepada "Learned" iaitu apa yang telah diketahui apabila kita membaca sesuatu sumber bacaan. Akhir sekali, H merujuk kepada "How" iaitu bagaimana unutk mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik bacaan untuk pembacaan sumber bacaan seterusnya. Teknik KWLH ini membolehkan para pelajar m
engaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya serta menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan.

       Para pelajar sewajarnya mempelajari kedua-dua teknik kerana mempunyai banyak manfaat jika diikut dengan baik.Para pelajar dapat menjimatkan masa untuk memahami sesuatu kandungan sumber bacaan. Ini membolehkan para pelajar mempunyai masa lapang yang lebih untuk mengulang kaji pelajaran.

Wallahu'alam.




       

Friday, 20 September 2019

TEKNIK MEMBACA

TEKNIK PEMBACAAN
Image result for Teknik pembacaan


Image result for gif

Membaca ~ Satu proses kompleks yang menghubungkan aspek pengetahuan , kebolehan , kemahiran mental dan fizikal . Pengetahuan yang dimaksudkan ialah mencakupi bahasa sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca merupakan satu amalan yang perlu kita lakukan kerana banyak manfaat yang kita akan peroleh melaluinya.Sebagai umat Islam,Agama Islam sendiri sangat menekankan kepada umatnya untuk membaca berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5 
Image result for surah Al-Alaq ayat 1-5

ayat ini menjelaskan tentang pentingnya kita untuk membaca bagi mendapatkan sesuatu ilmu kerana kunci kejayaan adalah ilmu.Untuk mendapatkan sesuatu ilmu haruslah menerusi bacaan.


Teknik untuk membaca bagi memperoleh maklumat terbahagi kepada dua iaitu:


Image result for teknik membaca













 PEMBACAAN CEPAT

Menurut Sutz&Weverka(2009) ,Teknik ini biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel  berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.Teknik ini
amat penting kerana dapat menjimatkan masa membaca secara keseluruhan artikel berkenaan dan kemudiannya artikel tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pembaca (Sutz & Weverka, 2009).



Antara langkah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kemampuan membaca;-

                                          Image result for langkah untuk meningkatkan kemampuan membaca peta minda




 SKIMMING (luncuran)
  • skimming--kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat.
  • tujuan:
    • untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
    • membolehkan pelajar untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
    • Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
    • Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
  • cara-cara
    • Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
    • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
    • Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
    • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen



                                              pergerakan mata ketika skimming dilakukan   

SCANNING (imbasan)
-Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
-Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
-Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
-Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
-Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.


PEMBACAAN PERLAHAN

Tujuannya:
  • Untuk membuat analisis
  • Supaya lebih faham
  • Dapat menilai bahan bacaan.
  • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan.

  • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan.

TEKNIK MEMBACA SQ3R

Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopor Robinson(1961). Apakah SQ3R ?




TEKNIK MEMBACA "KWLH

                               Image result for teknik pembacaan kwlh


Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

Dalam konteks pengajaran, para pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti di bawah ini, sekiranya dikehendaki menggunakan borang KWLH: